Kecewa kerajaan PN gagal tangani Covid-19

Sebaran :

 

KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Sabah menyatakan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Menurut ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dan ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe, jumlah kes terbaharu Covid-19 seluruh negara pada Rabu mencecah 7,478 kes di mana sebanyak 229 kes adalah di Sabah.

“Memerangi pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama, tetapi kerajaan perlu mendepani semua yang lain bagi mengurus solusi ke atas pandemik ini.



“Dalam carta dunia, Malaysia merekodkan bilangan kes positif perjuta populasi yang lebih besar berbanding negara India. Di mata dunia juga, Malaysia ditertawakan kerana menjadi satu-satunya pemerintahan yang telah menguburkan demokrasi dengan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Ordinan Darurat,” menurut mereka dalam kenyataan bersama pada Khamis.

Lim: Saya kagum dengan Azalina, tapi kecewa dengan Azhar

Menurut kedua-dua ADUN terbabit, Ordinan Darurat yang dikatakan untuk memerangi Covid-19 ternyata gagal selepas lebih empat bulan dikuatkuasakan.

“Kes baharu semakin bertambah, varian baharu masuk ke negara ini bertambah, hospital awam semakin sesak, jumlah kematian akibat Covid-19 semakin bertambah.


“Selepas satu tahun berhadapan dengan pandemik ini melalui pelaksanaan pelbagai rantaian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ternyata prosedur operasi standard (SOP) diperkenalkan gagal mengawal pandemik ini kerana ia tidak konsisten dan bersifat ‘double standard’,” katanya.

Tambah mereka, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sehingga RM5 bilion khusus untuk perang ke atas Covid-19.

“Namun timbul persoalan, bagaimana peruntukan ini digunakan kerana hasilnya belum dirasai majoriti rakyat terutama program imunisasi vaksin.

“Rakyat diminta mendaftar untuk program imunisasi vaksin, tetapi sistem dan laman sesawang yang dibina gagal berfungsi dengan berkesan. Malah rakyat mempersoalkan peruntukan besar sehingga hampir RM70 juta boleh menggunakan perisian ‘cloud flare’ yang boleh diperolehi secara percuma,” kata mereka.

Bidasan ‘Halus’ Kepada Muhyiddin, Baik Ekonomi Merosot Dari Mati – Mahathir

Kecewa kerajaan PN gagal tangani Covid-19

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rakyat Malaysia kecewa, keliru janji temu vaksin MySejahtera

 


Sebaran :

Leave a Reply