‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

 

PETALING JAYA: Majoriti penyokong Pakatan Harapan (PH) menolak gabungan itu bekerjasama dengan parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15.

Menurut kaji selidik dijalankan O2 Malaysia, majoriti penyokong PH lebih rela kekal sebagai pembangkang berbanding membentuk kerajaan dengan parti lain.



“Bagi penyokong PH, mereka hanya menunjukkan tahap sokongan rendah kepada semua bentuk kerjasama politik antara PH dengan mana-mana parti lain jika ingin mendirikan kerajaan campuran.

“Sebanyak 39% penyokong PH bersetuju pembentukan kerajaan campuran antara PH-PN dan 28% bersetuju dengan pembentukan kerajaan campuran PH-BN. Tahap sokongan rendah menjadi indikator mereka lebih rela PH tidak menjadi kerajaan jika PH gagal mendapatkan majoriti mudah pada PRU15 akan datang,” menurut kajian itu.

Mufti Perak dan isteri positif Covid-19



Kaji selidik turut dijalankan membabitkan penyokong parti pemerintah yang mana majoritinya menyokong BN dan PN kekal bekerjasama membentuk kerajaan campuran selepas PRU15.

“Dapatan menunjukkan seramai 66% penyokong BN dan 53% penyokong PAS bersetuju dengan pembentukan kerajaan PN–BN. Manakala, hanya 21% penyokong BN menerima jajaran baharu antara BN dan PH bagi membentuk kerajaan”.

Kaji selidik dijalankan O2 Malaysia dari 26 Mac hingga 9 April lalu membabitkan 1,602 responden terdiri daripada 54% pengundi Melayu Semenanjung, 28% Cina, 11% Bumiputera Sabah dan Sarawak manakala 7% India.

Henti PKP ‘sekejap buka sekejap tutup’, laksana ‘lockdown’ ala Mac 2020, desak CUEPACS



 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET




Tiada lagi zon hijau di semenanjung – KKM

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker