Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok


Seorang pesakit Covid-19 di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kota Bharu, cuba keluar daripada tempat itu menjelang hari raya Aidilfitri minggu lalu.

Bagaimanapu, kata Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob, cubaan lelaki 30-an itu dikesan kakitangan yang sekali gus menghalangnya.

“Siasatan mendapati dia cuba keluar daripada PKRC dengan alasan untuk membeli rokok.

“Cubaan itu dibuat dengan menggunakan laluan keluar kakitangan bertugas, namun tindakannya dikesan,” katanya pada sidang media ketika memantau persediaan pembukaan PKRC Gelanggang Seni di Kota Bharu, hari ini.

Dr Azman berkata pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada pesakit-pesakit di PKRC seluruh negeri itu supaya mematuhi peraturan kerana mereka tertakluk kepada undang-undang.

Jelasnya, mana-mana pesakit yang masuk ke PKRC tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mengikut Seksyen 22 (B).

“Sekiranya mereka meloloskan diri daripada pusat kuaratin mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah seksyen 24 (A) akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda dan dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. Jadi kita sentiasa memberikan peringatan dengan membacakan akta tersebut dari semasa ke semasa sepanjang mereka berada di PKRC.

“Selain itu kita juga memastikan kawalan yang ketat selain menyediakan rakaman litar tertutup (CCTV) di setiap PKRC,” katanya.

Sementara itu Dr Azman berkata, PKRC di Gelanggang Seni itu merupakan pusat kuarantin terbaru yang dibuka di Kelantan bermula hari ini.

Katanya, PKRC kelapan tersebut bagi menampung keperluan pesakit Covid-19 khususnya golongan warga emas dengan kapasiti 156 orang termasuk 30 katil krinikal. Mk

‘Ahli Pas dah lihat pemimpin mereka lari dari perjuangan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker