Polis cari wanita tumbuk, baling pisau ke arah anggota MBPP

Polis cari wanita tumbuk, baling pisau ke arah anggota MBPP

Polis cari wanita tumbuk, baling pisau ke arah anggota MBPP

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang wanita yang menumbuk serta membaling pisau ke arah anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Pasar Awam Pulau Tikus di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai MBPP berhubung kejadian itu pada jam 1.38 tengah hari semalam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati wanita itu ditegur anggota MBPP susulan memasuki laluan tikus di pasar berkenaan tanpa memakai pelitup muka.

“Susulan itu, wanita berkenaan menumbuk perut anggota berkenaan sebelum masuk ke dalam pasar dan membaling pisau ke arah pegawai MBPP yang bertugas.

“Tidak lama kemudian wanita itu beredar dari lokasi dan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Soffian, hasil soal siasat, saksi awam di kawasan pasar mendakwa wanita itu kerap melakukan kekecohan setiap kali datang ke pasar tersebut.

“Usaha mengesan wanita itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melakukan tugas,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Soffian turut menasihatkan semua orang mematuhi arahan yang ditetapkan serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa ketika mereka melaksanakan tugas. MG

Polis cari wanita tumbuk, baling pisau ke arah anggota MBPP


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Wanita dirogol rakan Hilman Idham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker