Hospital swasta: Hantar pesakit bukan Covid-19 pada kami bagi kurangkan kesesakan



Sebaran :

Hospital swasta: Hantar pesakit bukan Covid-19 pada kami bagi kurangkan kesesakan

Kurangkan kesesakan – Hospital swasta: Hantar pesakit bukan Covid-19 pada kami bagi

Persatuan Hospital Swasta Malaysia menggesa supaya doktor-doktor di hospital kerajaan untuk merujuk lebih banyak pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta.

Presidennya, Dr Kuljit Singh berkata kenyataan itu dibuat berdasarkan dua pekeliling dari Kementerian Kesihatan, iaitu salah satunya pada tahun lalu dan versi terbaru yang dikemas kini.

“Pekeliling tersebut merangkumi semua dasar rujukan dan skema pembayaran oleh kerajaan berdasarkan kriteria yang ketat.



“Kami sekarang berharap agar rujukan ini dilakukan oleh doktor yang merawat di hospital kerajaan ke hospital swasta tanpa berlengah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, penundaan prosedur elektif di hospital kerajaan telah dilakukan secara meluas disebabkan pandemik Covid-19.

“Hospital kerajaan kini perlu merawat pesakit Covid-19 dalam jumlah yang besar,” katanya, sambil menambah bahawa 31 hospital swasta yang juga merawat kes Covid-19 juga sama dari segi sumber.



Bagaimanapun, Kuljit berkata sistem rujukan akan membolehkan hospital kerajaan menumpukan secara eksklusif untuk merawat pesakit Covid-19, sementara hospital swasta akan membantu pesakit lain.

“Rawatan bagi pesakit bukan Covid 19 di hospital swasta akan dibiayai oleh kerajaan berdasarkan surat pekeliling tetapi pesakit hanya dapat dirujuk oleh doktor yang merawat mereka di hospital kerajaan ke swasta berdasarkan keadaan penyakit,” katanya. Mk

Kurangkan kesesakan – Hospital swasta: Hantar pesakit bukan Covid-19 pada kami bagi


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


Doktor swasta boleh vaksin sehingga 150,000 orang sehari, kata MMA


Sebaran :


Leave a Reply