Doktor swasta boleh vaksin sehingga 150,000 orang sehari, kata MMA


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) percaya doktor swasta mampu memberi 150,000 vaksinasi sehari, sebaik saja sektor swasta mula menyertai fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Awal bulan ini, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mengumumkan hospital swasta akan dibekalkan vaksin kerajaan dan dijadikan pusat vaksinasi.

Beliau turut menggalakkan doktor swasta berdaftar dengan ProtectHealth untuk menyertai program itu. Setakat ini, kira-kira 2,500 doktor sudah berbuat demikian.

Presiden MMA, Dr Subramaniam Muniandy dalam kenyataan berkata, jika sasaran tertentu dicapai, kadar purata kira-kira 21,000 suntikan sehari di Malaysia mampu ditingkatkan tujuh kali ganda.



Presiden MMA, Subramaniam Muniandy.
Beliau menganggarkan setiap doktor swasta mampu memberikan 30 suntikan sehari.

Jika digabungkan sasaran MMA untuk 5,000 doktor swasta berdaftar bagi membantu kempen vaksinasi, ia bermakna 150,000 dos vaksin mampu diberikan setiap hari.

Berdasarkan kadar itu, dengan 1,409,215 orang yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 ketika ini, ia akan mengambil kurang daripada enam bulan untuk mencapai imuniti kelompok 80% populasi.

“Ramai doktor swasta menyuarakan sokongan mereka untuk program itu, dengan ada yang menawarkan diri secara sukarela untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam fasa tiga, ketika vaksinasi besar-besaran dilakukan di pusat vaksinasi di seluruh negara.”



Untuk mengelakkan kelewatan dan sumber dibazirkan, Subramaniam mencadangkan borang persetujuan turut disediakan dalam talian, selain format cetakan sedia ada. FMT

Cepat luluskan vaksin baharu, hospital swasta gesa kerajaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker