Cepat luluskan vaksin baharu, hospital swasta gesa kerajaan


Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyambut baik “lampu hijau” kerajaan buat ahlinya untuk membeli vaksin Covid-19 daripada pembekal, tetapi menyeru agar kelulusan bagi vaksin baharu dipercepat.

Persatuan tersebut menawarkan diri untuk membantu kerajaan mendapatkan vaksin daripada pembekal selain daripada pembekal semasa.

Presiden APHM Dr Kuljit Singh menekankan kepentingan adanya vaksin tambahan menjelang pertengahan tahun, bukan menjelang suku ketiga atau keempat.

“Sebarang kelewatan akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi,” kata beliau kepada FMT.

Sebelum ini kerajaan bersedia membenarkan hospital swasta mengadakan rundingan terus perolehan vaksin dengan syarikat pengeluar dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan hospital swasta berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, Khairy yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi berkata, hospital swasta perlu menyedari realiti bekalan vaksin Covid-19 di seluruh dunia kini amat terhad dan tidak mencukupi.

“Cuma saya nak beri gambaran terhadap harapan hospital swasta dalam menguruskan perolehan vaksin kelak. Mereka andaikan bila kerajaan beri kebenaran untuk membeli vaksin daripada syarikat pengeluar, bekalan akan diterima secepat mungkin.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker