Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia – Najib


Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia.

Mereka hairan kenapa Malaysia isytihar PKP 3.0 tapi tak beri bantuan pula.

Kononnya telah tembual dengan individu-individu dari golongan B40 Malaysia bahawa mereka amat susah dan tertekan untuk menghadapi PKP 3.0 tanpa sebarang bantuan dari kerajaan setelah menghabiskan simpanan mereka dari PKP 1.0 lagi.

Kononnya tak nampak hujung jalan dengan PKP demi PKP demi PKP.



Apa yang media Singapura tak faham?

Kan Menteri-menteri kerajaan dah kata PKP 3.0 tak beri kesan besar pada ekonomi?

Kalau tak beri kesan kenapa pulak nak bantu Rakyat?

Lagipun, kerajaan PN sudah beri bantuan dalam bentuk panggilan telefon percuma untuk tempoh 12 jam pada malam Raya dari 10 malam hingga 10 pagi walaupun panggilan telefon sebenarnya sudah unlimited call dari dulu lagi.



Siapa kata kerajaan tak bantu?

Sudah-sudahlah media Singapura. Jaga tepi kain sendiri.
#donebekapJkom

MBB 1533 4583 5333 6333



Najib Razak

p.s. Terbaik troll Datuk Seri Najib. Nampaknya kerajaan PN tak dapat lihat penderitaan rakyat Malaysia sekarang ini. Ramai yang susah, ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang perniagaan dan ada yang pendapatan yang berkurangan. Yang di atas hanya tahu nak kekalkan kuasa saja. Denyut nadi rakyat tidak dipedulikan.

Syarikat Defisit, Mengaku Beri Rasuah & 10% Share, Akhirnya Menang Tender. Siapa Untung?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker