Pelajar maut, rakan parah selepas Audi RS dipandu terbabas langgar lori


Kenderaan jenis Audi RS7 yang remuk selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah lori di bahagian kiri laluan. (Gambar bomba)

PETALING JAYA: Seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) maut, manakala rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di pembahagi jalan lalu melanggar sebuah lori di lebuh raya petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian Mazuki Mat berkata, dalam kejadian pada 4.05 petang di KM179 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan itu, Muhammad Aiman Mazman, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya, Muhamad Faris Shohaimi, 23, parah di bahagian kepala.

Mazuki berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Audi RS7 dipandu mangsa dari arah Sungai Petani, Kedah menghala ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah lori di bahagian kiri laluan.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur disahkan maut di lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

“Rakannya yang parah serta pemandu lori berusia 55 tahun yang turut cedera, dibawa ke hospital sama untuk rawatan,” Mazuki dipetik Berita Harian sebagai berkata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Pemandu wanita maut, gagal memotong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker