Najib: Apa sudah jadi, kenapa begitu parah?


Najib Razak terus mengasak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung cara penularan wabak Covid-19 ditangani di negara ini.

Dalam beberapa siri hantaran di Facebook, Najib mempersoalkan apa sebenarnya yang terjadi di sebalik janji-janji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa kes terbaru harian Covid-19 dijangka turun ke dua angka menjelang bulan Mei.

“Apa sudah terjadi?

“Kenapa keadaan boleh bertukar menjadi begitu parah sekali dalam masa yang begitu singkat ini walaupun kerajaan sudah diberi kuasa penuh darurat selama empat bulan?



“Apa akan terjadi sekiranya trend semakin parah ini berterusan untuk sebulan atau dua bulan lagi?” soalnya.

Malaysia mencatatkan 3,780 kes baru semalam, berbanding 4,140 kes pada Sabtu lalu.

Seramai 520 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan manakala sebanyak 36 kes kematian dilaporkan.

Mengulas lanjut, Najib berkata pada April lalu, menteri-menteri PN menggesa ibubapa supaya tidak risau dengan kluster pendidikan dan memberi jaminan sekolah tidak akan ditutup.



Malah, katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh seperti sebelum ini.

“Tapi tak sampai masa sebulan, PKP 3.0 menyeluruh dilaksanakan biarpun (menjelang) raya.” katanya.

Selain itu, menurut Najib ribuan orang yang positif Covid-19 terpaksa beratur sampai ke jalan raya tiap-tiap untuk mendapat perhatian dari pusat penilaian tahap kesihatan.

Dalam hantaran berasingan, Najib berkata, pihak berkuasa akhirnya mengaku video-video tular yang menceritakan kesesakan melampau di di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam adalah sahih.



Menurutnya, mereka yang positif Covid-19 termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa beratur sehingga ke jalan raya untuk berjam-jam lamanya tanpa tempat membeli makanan atau minuman.

“(Itu) pun dikatakan perkara biasa dan tiada apa yang pelik? Perlu berlaku apa lagi sebelum ianya dikatakan pelik?” soalnya mengulas kenyataan yang mendakwa keadaan di CAC di Stadium Malawati, adalah proses biasa dan tidak ada yang pelik.

Dalam satu lagi hantaran, Najib berkongsi, Tweeter KKM yang melaporkan Jabatan Perubatan Forensik Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan mayat akibat jumlah kematian semakin meningkat.

“Akibat PKP separuh masak.



“Bertenang, jangkitan Covid-19 terkawal’, orang tertentu pernah beritahu kita semasa gelombang ketiga bermula,” katanya yang jelas menyindir pemimpin-pemimpin PN.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengakui sukar mencari katil ICU bagi pesakit Covid-19. Malah, kata Najib, jumlah pesakit kategori 3 di PKRC MAEPS melepasi kapasiti sebanyak 1,000 peratus.

“Kita catat rekod tertinggi bagi kematian baru dan pesakit ICU hampir tiap-tiap hari.

“Sehingga negara jiran guna Malaysia sebagai contoh untuk memberi amaran kepada warga mereka.



“Sehingga KKM terpaksa tutup ruang komen page FB,” katanya. Mk

Akui kegagalan, ubah pendekatan kekang Covid-19, badan pemikir beritahu kerajaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker