‘Ahli Pas dah lihat pemimpin mereka lari dari perjuangan’

‘Ahli Pas dah lihat pemimpin mereka lari dari perjuangan’

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyifatkan ahli Pas sekarang dapat melihat perangai sebenar pemimpin mereka yang sudah lari daripada perjuangan.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, perjuangan seperti isu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) atau dikenali sebagai Rang Undang-Undang (RUU) 355 juga tidak kedengaran lagi.

Sebaliknya, beliau menegaskan pemimpin Pas yang sudah berada dalam kerajaan ‘tebuk atap’ lebih sibuk mengutamakan kepentingan jawatan, pangkat dan harta.

“Kita tidak lagi dengar mereka bercakap mengenai (RUU) 355, sebab pemimpin mereka (dulu) mengatakan bukan sunat, bukan makruh.

“Begitu juga pertambahan aktiviti perjudian (daripada lapan kepada 22 kali cabutan setahun) sekarang. Kita lihat Pas mendiamkan diri atau pun mereka bersuara tapi tak dengar lagi.

“Mereka berbincang hanya kedudukan dan hal berkaitan jawatan di peringkat Persekutuan dan negeri. Rakyat sedang melihat keadaan ini.

“Ahli-ahli Pas juga telah melihat pemimpin-pemimpin mereka sudah lari daripada perjuangan,” kata Mohamad dalam wawancara eksklusif Malaysia Dateline hari ini.

Beliau yang lebih dikenali Mat Sabu dengan hampir 40 tahun bersama Pas itu berkata, walaupun dasar parti tersebut masih Islam tetapi pemimpin-pemimpin mereka cenderung mengejar kemewahan.

“Yang mereka (Pas) kejar juga majlis syura ulama adalah nombor plat kereta tertentu yang memerlukan puluhan ribu ringgit.

“Perjuangan pemimpin-pemimpin mereka sudah lari jauh daripada apa yang disuarakan sebelum ini,” tambahnya lagi.
MD

‘Ahli Pas dah lihat pemimpin mereka lari dari perjuangan’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Mat Sabu tak senang Amanah ‘kacau’ selepas pemilihan

Related Articles

One Comment

  1. amalan berpuasa dengan keikhlasan yang tinggi terhadap suruhan & perintah dari Allah ini boleh membuat seseorang itu lebih menyedari akan sikap atau kata2 seorang munafik…menjengkelkan bila baca kenyataan mat sabu, parti kuali(PAN) tidak mungkin berani mengisytihar mereka akan berjuang lebih dari apa yang PAS perjuangkan untuk Islam

    isytihar & berjanjilah dalam manifesto ph untuk PRU15 bahawa PAN akan ambil-alih malah akan menjadi lebih dari PAS
    kita sama2 tengok apa reaksi DAP

    diam bukan bermakna tidak buat kerja, yang suka meroyan itulah yang tidak buat kerja atau memang tak reti buat kerja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker