Resepi Mini Chicken Pot Pie


Resepi Mini Chicken Pot Pie

Pasti ramai dah makan kuih raya bermacam-macam jenis. Apa kata hari ini kita buat ‘something different’ untuk hidangan keluarga kita.

Jom cuba resepi Mini Chicken Pot Pie.

Bahan bahan:

I sudu besar minyak sayuran
2 keping dada ayam – potong kecil
1 biji bawang besar – cincang jadi ½ cawan
½ cawan air rebusan ayam – guna air sahaja
2 cawan sayuran campuran
½ sudu kecil garam halus
¼ sudu kecil serbuk lada hitam berperisa AJI-SHIO®
¼ sudu kecil daun thyme
1 cawan parutan cheese



Bahan pastri

½ cawan Original Bisquick™ mix – lihat resepi di bawah
½ cawan susu segar
2 biji telur

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 190C. Spray loyang muffin dengan cooking spray.

Panaskan minyak dalam kuali dan masakkan ayam dalam 5-7 minit sehingga ianya hampir masak. Masukkan bawang besar dan kacau seketika sebelum dituang sedikit air rebusan ayam. Masak hingga menggelegak. Saya hanya menggunakan air sahaja.

Masukkan sayuran campuran, garam, serbuk lada hitam berperisa Aji-Shio® dan daun thyme. Masak sehingga sebati. Sesuaikan rasa.



Tutup api dan biarkan dalam 5 minit sebelum dimasukkan parutan keju.



Di dalam bekas lain, satukan bahan pastri menggunakan whisk. Masukkan 1 sudu bahan pastri ke dalam bekas muffin. Masukkan ¼ cawan bahan inti ayam. Dan akhir sekali tuang lagi 1 sudu besar bahan pastri di atasnya.

Bakar selama 25 hingga 30 minit atau sehingga tidak melekat pada lidi. Sejukkan selama 5 minit. Dengan menggunakan pisau kecil, lalukan sekeliling pie dan keluarkan dari loyang. Sejukkan di atas rack selama 10 minit sebelum sedia untuk dinikmati.



Bisquick Mix

Bahan bahan:

1 cawan all purpose flour
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega

Cara cara:

Ayak gandum bersama baking powder dsn garam sehingga sebati. Masukkan butter ke dalam bahan tepung dan gaul sebati.



Nota:

Boleh juga guna shortening atau minyak sebagai ganti mentega. Jika menggunakan mentega cair, pastikan ianya bergaul rata.

Azie Kitchen


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Resepi biscoff cheese no bake yang paling mudah dan sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker