Resepi biscoff cheese no bake yang paling mudah dan sedap

Share

Resepi No-Bake Mini Biscoff Cheesecake Senang & Super Creamy. 8 Bahan Je Diperlukan!

Boleh dijadikan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang.

Jangan ketinggalan dengan kek-kek viral yang sedap ni, bukan sedap je, senang pulak tu!

Kek ini senang nak dihasilkan, bahan pun tak perlukan bahan yang banyak. Yang penting, no bake cake!

Resepi ini dikongsikan oleh pemilik akaun Instrgram @chefkecikkitchen, yang juga merupakan finalis Hero Oven TV3 suatu ketika dahulu.

Resepi ini telah mendapat sebanyak 47K ‘views’. Jom!

Bahan yang diperlukan:

Crust:

150g digestive biscuits
50g biskut Biscoff
40g gula kastor
80g pure butter
Cream:
260g whipping cream
100g cream cheese
4 sudu besar icing sugar
Hiasan:
10 sudu besar Biscoff spread

Cara penyediaan:

1. Untuk buat cookie base, kisarkan biskut, butter dan gula sehingga jadi serbuk halus.

2. Masukkan ke dalam bekas dan tekan sehingga crumbs mampat. Sejukkan dalam peti ais seketika.

3. Untuk buat cheesecake pula, putar whipping cream sehingga kental.

4. Kemudian dalam bekas lain, pukul cream cheese dan icing sugar sehingga sebati dan menjadi creamy. Masukkan ke dalam bancuhan whipping cream dan gaul sebati.

5. Paip isi cheesecake ke dalam bekas yang diisi cookie base tadi, ratakan dan sejukkan seketika dalam 10-15 minit.

6. Setelah itu, cairkan Biscoff spread dalam microwave kemudian curahkan atas cake. Ratakan dan sejukkan dalam peti sejuk.

7. Hiaskan kek dengan biskut Biscoff.

Siap, senang kan? Cantik pula tu, indah khabar bukan dari rupa sebab kek ini confirm sedap juga!

Cheesy Char Kway Teow Ini Dikecam Netizen, Memang Semua Makanan Nak Letak Cheese ke?

Leave a Reply