Henti PKP ‘sekejap buka sekejap tutup’, laksana ‘lockdown’ ala Mac 2020, desak CUEPACS


Sektor pekerja awam negara hari ini menggesa Putrajaya menghentikan PKP “sekejap buka sekejap tutup,” sebaliknya melaksanakan “lockdown” menyeluruh untuk tempoh tiga minggu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata situasi negara masa ini memerlukan langkah drastik untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

“Ekonomi semakin perlahan, pendidikan anak-anak terabai dan kadar pengangguran meningkat. Ditambah lagi dengan penularan varian berbahaya daripada Afrika dan India ketika ini, PKP penuh diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mencadangkan pelaksanaan PKP ala 18 Mac tahun lalu, di mana hanya perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi, manakala selebihnya ditutup dan pergerakan orang ramai dikekang ketat.

Adnan berkata, pelaksanaan PKP menyeluruh itu mungkin nampak “terseksa” tetapi yakin ia berkesan untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid gelombang ketiga yang berlaku sekarang.

Adnan berkata, situasi semasa menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran terlalu dahsyat untuk merawat pesakit Covid-19, dan pada masa sama, menguruskan pesakit lain.

Beliau berkata, jika PKP penuh tidak dilaksanakan segera dan kerajaan masih menggunakan SOP semasa untuk mengekang penularan Covid-19, perkhidmatan kesihatan negara berisiko lumpuh, sekali gus mengundang darurat kesihatan lebih serius.

“Tempoh 21 hari itu (untuk PKP penuh) adalah tempoh paling minimum bagi membolehkan langkah paling drastik dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

“Trend peningkatan kes disebabkan terdapat banyak pergerakan orang ramai yang tidak dapat dikawal berikutan kepentingan atau permasalahan ekonomi,” katanya.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,075 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu dengan Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, iaitu 2,251 kes. FMT

Khaled: ‘Lockdown’ segera, jangan bagi arahan mengelirukan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker