Austria henti guna vaksin AstraZeneca


Austria tidak akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca bagi program imunisasi COVID-19 kerana masalah penghantaran dan kesan sampingan.

Menteri Kesihatan, Wolfgang MuecksteinIa, berkata keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan dalam kalangan masyarakat susulan laporan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Austria menjadi negara ketiga Eropah selepas Norway dan Denmark, yang berhenti menggunakan vaksin AstraZeneca dalam program imunisasi kebangsaan berikutan kes pembekuan darah yang teruk selepas menerima suntikan dos berkenaan.

“Kita mungkin akan meneruskan pemberian suntikan pertama dos vaksin AstraZeneca sehingga awal Jun dan selepas itu tidak lagi… AstraZeneca tidak akan diteruskan,” kata Mueckstein kepada stesyen televisyen Puls 27 semalam.



Bagi individu yang sudah menerima suntikan pertama dos vaksin AstraZeneca, Mueckstein berkata mereka masih akan mendapat dos kedua vaksin itu.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu pegawai akan menentukan vaksin mana yang akan digunakan untuk suntikan bagi penerima seterusnya.

Mueckstein, yang juga seorang doktor, menegaskan vaksin AstraZeneca adalah ‘selamat’ namun Austria memutuskan untuk tidak meneruskannya kerana ‘pematuhan buruk dalam kalangan penduduk’

“Ia juga mendapat kritikan buruk menerusi media selain masalah penghantaran turut menjejaskan program inokulasi,” katanya.



Sebelum ini, Suruhanjaya Eropah menyaman firma farmaseutikal British-Sweden susulan gagal menghantar jutaan dos vaksin berkenaan.

Satu per tiga rakyat Austria sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penggunaan vaksin secara berterusan, dengan alasan langkah itu mempunyai manfaat yang jauh melebihi risiko berkaitan. – AFP

Kematian kedua di Kanada selepas terima vaksin AstraZeneca



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker