Total ‘LOCKDOWN’ beri perkhidmatan kesihatan bernafas – Pakar Kesihatan Awam

Total 'lockdown' ... elak perkhidmatan kesihatan terus tenat - Dr Malina
Dr Malina mahu kesedaran penerimaan vaksin dipertingkatkan kerana ia menyumbang kepada keperluan untuk mencapai imuniti kelompok yang sangat diperlukan.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan total lockdown di seluruh negara akan mengelakkan sistem perkhidmatan kesihatan terus tenat, kata Profesor Madya Dr Malina Osman.
Jelas Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) itu, paling penting menjaga kesihatan diri, ahli keluarga dan mengelakkan sebarang potensi untuk mendapat penularan pandemik.
“Kita ada satu penanda aras, maksudnya ada waktu tertentu kita harus mempertimbangkan antara ekonomi dan kesihatan, tetapi dalam keadaan ini dengan pertambahan kes yang menghampiri 50,000 kes aktif dan angka kematian yang kian meningkat dari hari ke hari dan sistem perkhidmatan kita yang semakin tertekan, lebih 80 ke 90 peratus hospital penuh dan sebahagian melaporkan wad serta ICU penuh.
“Jadi keperluan untuk total lockdown adalah untuk memberikan kelegaan sementara keapda sistem perkhidmatan kesihatan supaya mereka dapat bernafas,” kata Dr Malina.
“Dalam masa sama kita dapat menumpukan kepada mereka yang sedang sakit dan diberikan rawatan sebaik-baiknya. Jika ini tidak dapat dikawal, saya bimbang angka kematian akan terus meningkat dan keadaan yang sangat kita bimbangkan bakal berlaku,” katanya semasa sidang video pada Rabu.

Mufti Perak dan isteri positif Covid-19

Kita tidak mahu sektor industri kita lumpuh
Terdahulu, Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes .
Dalam pada itu jelas Dr Malina, peningkatan jumlah kes disebabkan kombinasi pelbagai faktor termasuk ujian saringan agresif selain kehadiran varian baharu yang menyebabkan kadar jangkitan amat cepat serta mudah tersebar
Tegasnya, ia juga disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam musim hari raya baru-baru.
Dalam isu berkaitan, Dr Malina mahu kesedaran penerimaan vaksin dipertingkatkan kerana ia menyumbang kepada keperluan untuk mencapai imuniti kelompok yang sangat-sangat diperlukan.

6,075 kes COVID-19 hari ini tertinggi dalam catatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker