Mufti Perak dan isteri positif Covid-19




Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, disahkan positif Covid-19 dan kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, ketika dihubungi BH Online melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu hari ini.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua. Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta maklum balas mengenai mesej yang viral menerusi WhatsApp berkenaan Harussani yang dijangkiti wabak itu.

Mesej itu antara lain menyatakan Harussani disahkan positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, namun dalam keadaan beliau masih sedar.




Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu disahkan Timbalan Mufti, Datuk Zamri Hashim.

Menurut Saarani, mufti dan isterinya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Strok: Keadaan Mufti Perak tambah baik



Leave a Reply

Your email address will not be published.