‘Field ICU’ Hospital Kepala Batas dijangka beroperasi Sabtu ini


Unit Rawatan Rapi Medan (Field) ICU yang sedang dibina di Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, dijangka beroperasi Sabtu ini.

Pembinaan ICU di HKB ini berkonsepkan hibrid iaitu kali pertama diperkenalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara ini dengan menggunakan empat kontena sebagai bilik rawatan dan kemudahan utama.

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan, Left Kol Dr Mohd Zamri Derahman, berkata pihaknya sedaya upaya mempercepatkan operasi ICU berkenaan dalam usaha memberi perkhidmatan kepada pesakit kritikal COVID-19 di negeri ini.

“Kita menjangkakan paling awal Field ICU ini beroperasi Sabtu ini, namun ia bergantung kepada persiapan kemudahan bekalan air, elektrik dan sebagainya.



“Apa-apa pun kita akan cuba buat secepat mungkin,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Field ICU berkenaan, Dr Mohd Zamri berkata, sebelum ini di beberapa negeri lain, pihaknya menjadikan dewan atau balai raya untuk membuka hospital medan dalam usaha merawat pesakit COVID-19.

“Berbeza di Pulau Pinang, ini kali pertama dalam sejarah ATM apabila kita menggunakan konsep hibrid iaitu menjadikan kontena sebagai bilik rawatan,” katanya.



Dr Mohd Zamri berkata, sebuah kontena akan dijadikan bilik X-Ray, manakala tiga kontena akan menempatkan 12 katil.

“Baki 15 katil lagi akan ditempatkan di tiga khemah khas akan dibina berdekatan, menjadikan jumlah keseluruhan katil untuk merawat pesakit adalah 27 katil.

“Terdapat lima pegawai perubatan termasuk dua pakar bius dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan 30 anggota perubatan ATM ditugaskan menguruskan pesakit COVID-19 di sini,” katanya

Terdahulu, terdapat beberapa hantaran di laman sosial Facebook malam tadi dengan memaparkan gambar ketibaan kontena milik ATM di HKB.



Difahamkan, seramai 40 anggota ATM dari Kluang, Johor dan Sungai Petani, Kedah memulakan kerja pemasangan Field ICU berkenaan kira-kira jam 8 pagi tadi.

Proses pembinaan ‘Field ICU’ itu adalah sebagai persediaan bagi menampung kemasukan pesakit ke ICU di Pulau Pinang yang sudah meningkat lebih 45 peratus untuk tempoh dua minggu kebelakangan ini. BH

1,700 katil ICU tambahan diperlukan – Noor Hisham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker