1,700 katil ICU tambahan diperlukan – Noor Hisham

Sebaran :

Pesakit Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang cuba menambah bilangan katil unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh beberapa minggu mendatang bagi memenuhi keperluan pesakit baru Covid-19 yang meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata permintaan untuk katil ICU itu dijangka bertambah sehingga lebih 1,700 unit apabila kes baru Covid-19 meningkat pada akhir Mei atau pertengahan Jun ini.

Katanya ketika ini ada 734 katil ICU di seluruh negara. Daripada jumlah itu lebih 500 unit sudah digunakan.



“KKM sedang melihat cara bagaimana kita boleh menambah bilangan katil-katil ICU, peralatan untuk menyediakan sokongan respiratori dan sebagainya.

DAP tunjuk belang jadi abang besar

“Justeru (PKP) ini akan memberi masa kepada KKM untuk mengambil langkah perlu bagi memastikan kita boleh memberi sokongan kepada pesakit yang datang ke hospital apabila kes meningkat,” katanya.

Noor Hisham berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.



Kenyataan itu dibuat ketika kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke wad ICU mencatat rekod tertinggi. Minggu lalu Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata semakin ramai pesakit Covid-19 dikesan dengan simptom yang lebih serius.

Profil pesakit serius juga menunjukkan semakin banyak pesakit lebih muda dijangkiti, selain lebih sukar dirawat dengan ubat-ubatan yang digunakan sebelum ini.

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

 

Najib: Bagaimana nak harap PKP 3.0 Muhyiddin berjaya?


Sebaran :

Leave a Reply