DAP tunjuk belang jadi abang besar

DAP tunjuk belang sebenar

 

PETALING JAYA: DAP didakwa menunjukkan belang sebenar dengan cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di negara ini sepanjang tempoh 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zuraida Kamaruddin mendakwa, sikap berkenaan jelas terpancar selepas DAP menggasak kerajaan dan parti komponen lain untuk mengikut telunjuk mereka khususnya dalam hal ehwal masyarakat dan komuniti Cina.



Katanya, ini terbukti dengan keputusan menyalurkan peruntukan dana khas kepada sebuah  kolej persendirian dibuat terus daripada Kementerian Kewangan dan tidak melalui Kementerian Pendidikan ketika itu.

“DAP dengan cara ini cuba mengukuh cengkaman terhadap komuniti Cina. Setiap percakapan dan perbuatan mereka dinisbahkan dan disandarkan kepada kaum Cina sedangkan mereka bukanlah satu-satunya pihak yang mewakili kaum tersebut.

“Maka, adakah DAP tidak bertindak sebagai ‘abang besar’ kepada komuniti Cina dalam negara ini? Tindakan dan kenyataan mereka jelas membuktikan bahawa mereka sememangnya mahu masyarakat Cina di Malaysia berada di bawah telunjuk DAP. Ini adalah perkara yang tidak sihat untuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Ching Tong yang mengajar UMNO agar tidak menjadi abang besar dalam gabungan sama dalam kerajaan atau pembangkang.



Menurut Chin Tong, tiada parti yang wajar menjadi dominan dan politik Malaysia akan menjadi lebih stabil semua parti ‘co-exist’ sama ada kerajaan atau pembangkang.

Liew menyuarakan nasihatnya selepas bekas perdana menteri Najib Razak pada wawancara baru-baru ini mendakwa kemelut politik negara boleh selesai dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekali lagi dipilih oleh rakyat menjadi induk politiknya.

Najib berkata amalan demokrasi di Malaysia memerlukan sebuah parti teras yang akan membolehkan kerajaan stabil.

Najib antara pemimpin Umno yang kritikal terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang mana Umno menjadi sebahagian daripadanya.



Secara rasmi, Umno telah memutuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu dan PN sebaik PRU15 bermula. – UTUSAN

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nak raya, PKP 3.0 SOP mengelirukan: Rakyat sedang marah PN, PPBM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker