Lokman Noor Adam ditahan sekali lagi



Sebaran :


Kuala Lumpur: Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis sekali lagi mengikut Ordinan Darurat, hari ini.

Penahanan itu disahkan menerusi Facebook (FB) bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, malam ini.

Menurut hantaran itu, Lokman disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Saya mungkin akan ditahan di lokap Balai Polis Dang Wangi dan mendapat reman esok.

“Mohon rakan seperjuangan mendoakan saya dibebaskan segera untuk menyambut Syawal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan Lokman.



Menurutnya, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Dia ditahan petang tadi di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Bulan lalu, Lokman ditahan polis mengikut ordinan sama kerana kenyataannya mengenai kematian pegawai polis di Pahang, Allahyarham Asisten Komisioner Shariman Saidin yang disahkan mengalami sakit jantung. HM



Laporan polis terhadap Lokman Adam atas dakwaan Hamzah cuba ‘beli’ Ahli Parlimen


Sebaran :


Leave a Reply