Padah mengejek rakan, remaja perempuan cedera dibelasah


PETALING JAYA: Gara-gara dikatakan mengejek rakan sekolah, seorang remaja perempuan cedera dibelasah dua rakan sekolahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang, 4 Mei lalu di sebuah sekolah menengah di Hulu Selangor, remaja berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Arsad Kamaruddin berkata, guru sekolah berkenaan memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa pada jam 6.26 petang.

Katanya, sebaik tiba, mangsa dilihat dalam keadaan terbaring dengan terdapat kecederaan di beberapa bahagian badan.



“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke zon kuning untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Arsad berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dibelasah dua pelajar perempuan sekolah berkenaan sebelum ditemui.

Katanya, punca pergaduhan itu dikatakan kerana mangsa mengejek suspek yang kemudiannya tidak berpuas hati sebelum membelasah mangsa.

“Polis sudah mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.



“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya. FMT

‘Anak setan pakai tudung’



Related Articles

One Comment

  1. kalau budak perempuan yang pukul, hukum dulu lepastu berikan kata2 perangsang bahawa mereka ada bakat jadi fighter dalam sukan MMA…kalau yang pukul tu budak lelaki, amat dikesali kerana mereka adalah sebacul-bacul lelaki

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker