Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
Pulut Durian kali ini adalah ala ala Thailand kerana pulutnya memang dikukus dengan sedikit santan. Maknanya pulut tu lemak, bukan pulut kosong yang dimakan dengan kelapa parut ikan kering atau yang dimakan dengan pulut durian biasa.
Oleh kerana pulut dah lemak, jadi digandingkan dengan sos santan atau kalau di Kelantan dipanggil Kepala Santan memang sudah sangat sedap.
Jom layan resepi pulut durian yang mudah dan sedap ini. Sekali sekala tukar selera pula dengan cara makan pulut durian Thailand..
Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
Bahan-bahan
Durian secukupnya
Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan
Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata.
Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.
Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
Sos Santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam – mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung – larutkan dgn sedikit air
Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.
Masukkan tepung jagung. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.
Boleh agak-agak kepekatan yang disukai.
Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.
Azie Kitchen