Terpaksa kerja di ladang ganja

Akibat kesempitan hidup, segelintir penduduk Afghanistan terpaksa memilih untuk bekerja di ladang ganja bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ia selepas ramai rakyat hilang pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada penularan Covid-19.

Kawalan dan sekatan pergerakan (lockdown) menyaksikan banyak perniagaan terpaksa mengurangkan pekerja atau terus gulung tikar.

“Hanya disebabkan oleh Covid-19, saya hilang kerja. Saya mempunyai 12 ahli keluarga dan menjadi penanggung tunggal.

“Saya tidak mempunyai peluang lain selain bekerja di ladang ganja untuk mencari rezeki,” kata Fazily, 42, mekanik di Uruzgan, wilayah tengah Afghanistan.

Petani lazimnya bergantung kepada pekerja bermusim untuk menunai pokok ganja ketika musim menuai.

Bagaimanapun, terdapat kekurangan tenaga kerja berkenaan memandangkan sempadan negara dengan Pakistan, masih ditutup.

Situasi itu turut menyebabkan pelajar yang tidak dapat ke sekolah kerana Covid-19 turut bekerja di ladang tanaman ganja.

“Sekolah kami kini ditutup dan saya mempunyai masa untuk bekerja di ladang ganja dan mencari duit poket.

“Ada kira-kira 20 rakan sekolah saya turut melakukan kerja sama di situ,” katanya.

Kebanyakan daripada ladang ganja diusahakan di wilayah selatan yang menjadi kubu kuat Taliban.

Bagaimanapun, tanaman itu turut ditanam di kawasan timur negara itu, di kawasan yang bersempadan dengan Pakistan.

Taliban dikatakan mengambil keuntungan besar daripada tanaman itu.

Ia menerusi perusahaan kilang pemprosesan pokok ganja kepada morfin dan heroin.

Dadah itu kemudian diseludup ke negara jiran seperti Pakistan dan Iran.

Setakat ini, lebih 38,000 kes positif Covid-19 dilaporkan di Afghanistan dengan lebih 1,400 kematian. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker