Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’

Pengunjung sebuah pantai di Argentina terkejut apabila menemui sejenis makhluk dikenali sebagai ‘ikan zakar’,  terdampar dalam bilangan yang besar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengunjung Pantai El Murtillar di bandar Rio Grande melihat haiwan ganjil itu atau nama saintifiknya,  urechis unicinctus petang Isnin minggu lalu.

Ia adalah sejenis cacing sudu yang turut digelar sebagai ‘the fat innkeeper worm’ kerana mampu menghasilkan lubang berbentuk ‘u’ di dalam pasir atau lumpur.



Beberapa gambar dirakam penduduk setempat memaparkan makhluk panjang kira-kira 25 sentimeter itu memenuhi pantai.

Urechis unicinctus sering ditemui di  Asia Timur, namun ini bukan kali pertama ia terdampar di kawasan-kawasan lain di dunia.

Ia dikatakan menjadi hidangan yang biasa ditemui di Korea Selatan, Jepun dan China.  Urechis unicinctus dijual di pasar dan restoran di negara-negara tersebut.

Teksturnya pula digambarkan sebagai kenyal,  manakala rasanya masin dan manis.



Haiwan itu dikatakan wujud sejak 300 juta tahun lalu dan mempunyai jangka hayat sehingga 25 tahun. Ia hidup dengan memakan bakteria, plankton atau partikel lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)



Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker