Hati masih berdarah – Ibu Syamsul

Hati masih berdarah – Ibu Syamsul

IBU kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil berkongsi momen bersama dua cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah baru-baru ini.

Berada dalam kapal terbang menuju ke destinasi yang tidak dimaklumkan, Patimah sempat berkongsi status luahan hatinya.



“Luka di hati maseh (masih) berdarah,” tulisnya ringkas menggambarkan perasaannya ketika ini.

Sebelum ini, Patimah antara individu yang kerap berkongsi coretan isi hatinya di Instagram Stories sepanjang kemelut rumah tangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana berlanjutan.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.



Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Gempak

Hati masih berdarah – Ibu Syamsul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker