Mahkamah Agung Indonesia larang daftar kahwin pasangan berbeza agama

Mahkamah Agung Indonesia larang daftar kahwin pasangan berbeza agama

JAKARTA: Mahkamah Agung (MA) Indonesia melarang mahkamah meluluskan daftar perkahwinan mana-mana pasangan yang melibatkan perbezaan agama dan kepercayaan.

Ketua Mahkamah Agung, Muhammad Syarifuddin berkata, semua hakim perlu mempunyai pedoman dan berpegang pada kepercayaan masing-masing.



Katanya, mahkamah tidak seharusnya meluluskan mana-mana perkahwinan yang melibatkan pasangan mempunyai perbezaan agama.

“Perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang dilaksanakan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing.

“Larangan itu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan undang-undang dalam mengadili mana-mana permohonan pendaftaran perkahwinan melibatkan perbezaan agama dan kepercayaan bakal pasangan pengantin,” katanya.

Dalam Fasal 8 Undang-Undang Perkahwinan Indonesia, terdapat enam larangan perkahiwnan iaitu pasangan yang mempunyai pertalian darah, adik-beradik, berkahwin dengan ibu atau bapa saudara, datuk atau nenek, ibu atau bapa mentua dan ibu atau bapa tiri.



Selain itu, perkahwinan dua pasangan juga dilarang sekiranya melibatkan ibu atau anak susuan, adik-beradik susuan, berkaitan dengan isteri.

“Jika mana-mana pasangan mempunyai kaitan dengan larangan disebutkan, termasuk perbezaan agama, maka mereka dilarang untuk mendaftarkan perkahwinan, sekali gus melangsungkan pernikahan,” ujar Syarifuddin.

Namun, masih terdapat beberapa mahkamah di seluruh Indonesia yang dibenarkan untuk meluluskan pendaftaran perkahwinan melibatkan pasangan berbeza agama.

Antaranya di Surabaya, Jakarta Pusat, Jakarta Selatan, Tangerang dan Yogyakarta. Utusan



Mahkamah Agung Indonesia larang daftar kahwin pasangan berbeza agama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker