Aksi payung terjun gagal, tentera parah terjunam ke tanah

WASHINGTON – Seorang anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) cedera parah selepas gagal melakukan aksi payung terjun yang menyebabkan dia terjunam ke tanah pada kelajuan 144 kilometer sejam, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan rakaman kejadian, salah seorang anggota pasukan payung terjun Leap Frog terhempas dengan kuat ketika Pertunjukan Udara Duluth di Minnesota Sabtu lalu.

Mangsa yang dihantar ke hospital Essentia Health St. Mary mengalami kecederaan kritikal dan dilaporkan stabil.



Ketika kejadian, mangsa dan seorang rakan sepasukannya dilaporkan ingin melakukan aksi ‘kaki terkunci’.

Namun, salah seorang mereka gagal melepaskan payung terjun tepat pada masanya.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, juruhebah pertunjukan itu didengari berkata, ‘dua penerjun itu turun pada kelajuan 144 kilometer sejam’, sebelum menjerit ‘break’ supaya mereka melepaskan kaki.

Namun, percubaan untuk memutuskan sambungan kaki tergendala lalu menghalang payung terjun mereka untuk mendapatkan angin yang cukup bagi mendarat dengan lancar.



Penyertaan pasukan itu dalam Pertunjukan Udara lain dibatalkan akibat insiden tragis tersebut tetapi pertunjukan udara lain diteruskan seperti yang dirancang. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker