Suami tembak isteri selepas ditinggalkan untuk lelaki lain

Seorang lelaki di Britain yang menembak mati isterinya minggu lalu didakwa bertindak demikian kerana mangsa mahu berpisah untuk bersama teman lelakinya, lapor akhbar Metro UK.

Robert Jobson, 84, didakwa menembak mati Rose Jobson, 69, sebelum membunuh diri di sebuah sekolah menembak yang diusahakan pasangan itu di North Lincolnshire, England, Jumaat lalu.

Polis Humberside yang melancarkan siasatan berkaitan kes itu berkata, pihaknya tidak menyoal siasat suspek lain berhubung kematian pasangan tersebut.



Hal ini kerana Rose didakwa telah ‘berpisah’ dengan Robert selepas dia jatuh cinta dengan lelaki lain.

Jiran mereka, Andrew Farrow berkata: “Pasangan itu telah berpisah dan sekolah mereka ditutup buat sementara waktu atas sebab peribadi. Kami tahu dia (Robert) cemburu. Kami anggap dia telah menembak isterinya sebelum membunuh diri sendiri.”

Seorang lagi penduduk, yang enggan namanya disiarkan, menambah: “Rose mempunyai teman lelaki baharu dan Robert marah apabila dia mendapat tahu. Dia tidak sanggup kehilangan isteri tersayang kepada lelaki lain.”- Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker