Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Seorang pemimpin kanan Umno mempersoalkan rasional yang dikemukakan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengenai isu penahanan serta pendakwaan ke atas Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii, Hamzah menyifatkan tindakan undang-undang terhadap menteri besar sementara Kedah itu merupakan pendakwaan terpilih.

Pada masa sama dia mengingatkan pertuduhan ke atas Sanusi itu mempunyai kaitan rapat dengan dengan raja-raja serta pihak istana bahkan membabitkan Dewan Diraja Selangor secara langsung.



“Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan isu ini?”

Razlan berkata demikian mengulas kenyataan Hamzah yang menyifatkan tindakan mahkamah terhadap Sanusi semalam sebagai pendakwaan terpilih.

Dalam kenyataan tersebut setiausaha agung Bersatu itu juga mendakwa ada pemimpin lain yang dilihat membuat kenyataan menghasut namun tidak dikenakan tindakan seperti ke atas Sanusi.

Sebagai orang yang pernah menjadi menteri dalam negeri, kata Razlan, Hamzah sepatutnya menjadi orang yang faham tentang undang-undang namun kenyataan terbaru yang dibuat ahli parlimen Larut itu menunjukkan seperti sebaliknya.



Justeru kata Razlan semua orang kini “tahu” kenapa ketika Hamzah menjadi menteri yang bertanggungjawab dalam isu keselamatan dulu kadar jenayah negara semakin meningkat.

Sementara itu Razlan juga menyatakan kebimbangannya terhadap pendekatan PAS menangani isu pendakwaan ke atas Sanusi.

Katanya pemimpin parti itu kelihatan memainkan isu kononnya pengarah pilihan raya mereka seorang wira justeru menggesa agar lebih ramai ‘Sanusi’ dilahirkan.

“Adakah PN hari ini mahu mengajak semua rakyat untuk mengikuti gaya ucapan Sanusi yang memperlekehkan institusi istana?” katanya.



Minta usah derhaka

Disebabkan itu Razlan menyarankan agar mana-mana pihak yang isu 3R (agama, bangsa dan raja-raja) ditangkap segera kerana jelas mempersendakan undang-undang.

‘Api’ itu, katanya, perlu dimatikan secepat mungkin kerana dikhuatiri akan mengganggu gugat kestabilan negara.

Dia juga mengingatkan bagaimana PN sebelum ini menolak saranan Yang di-Pertuan Agong agar semua parti bekerjasama bagi membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU ke-15 lalu.



“Mereka juga marah kepada istana apabila peristiwa pembatalan ordinan darurat sehingga menyebabkan (bekas perdana menteri kelapan) Muhyiddin Yassin meletak jawatan,” katanya.

Justeru, Razlan mengingatkan Hamzah dan PN agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berkait penangkapan Sanusi.

Katanya rekod ucapan Sanusi adalah jelas dan tiada manupulasi dari mana-mana pihak termasuk orang ramai yang mewakili suara rakyat jelata.

“Orang Melayu tidak akan mendehaka kepada rajanya.



“Jadi, saya nasihatkan Hamzah dan PN agar jangan menderhaka kepada raja-raja Melayu.

“Terlajak perahu boleh di undur, tapi bukan terlajak cakap,” tambahnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker