Muhyiddin perlu minta maaf jika saya kemuka bukti – Anwar

Muhyiddin perlu minta maaf jika saya kemuka bukti – Anwar

Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memohon maaf secara terbuka sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti beliau menandatangani surat bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda.

Perdana Menteri berkata, beliau masih ingat dokumen yang ditandatangani itu dibuat membabitkan RM997 juta pada 27 Jun lalu.



“Tak payah 24 jam, esok 12 jam saya boleh bawa, memang saya tandatangan 27 Jun, dia tak buat kerja, dia tak tahu.

“You cabar begitu, kalau saya tunjuk bukti saya tandatangan, dia kena minta maaf.

“Pasal saya tandatangan 27 Jun, RM997 juta, saya ingat, dia harus minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Perpaduan, di sini, malam ini.

Terdahulu, media melaporkan Muhyiddin menuntut Anwar mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.



Ini selepas Anwar mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga menuntut Anwar menarik balik kesemua kenyataan fitnah tersebut dalam tempoh 24 jam, selain memohon maaf tanpa syarat dan secara terbuka.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan sebelum beliau berangkat ke Hanoi, Vietnam hari ini beliau akan menghubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) bagi mengemukakan dokumen pelupusan Felda.

“Tapi masalah orang politik ini, dia senang sahaja tuduh bohong, kemudian baru cabar minta fakta



“Insya-Allah sebelum saya ke Vietnam saya telefon KSP untuk keluarkan bagi contoh itu.

“Saya nak dia minta maaf secara terbuka, tak payah (beberapa jam) biar tenang esok,” katanya lagi. MG

Muhyiddin perlu minta maaf jika saya kemuka bukti – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker