Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Premis kedai sering kali berhadapan dengan masalah makhluk perosak, tikus.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok memuat naik satu rakaman video seekor tikus sedang memakan salah satu ayam mentah yang diletakkan secara terbuka di dalam sebuah kedai runcit.



Menurut wanita itu ayam mentah itu dibiarkan terdedah, bukan dimakan tikus sahaja bahkan dihurung oleh segerombolan lalat yang terbang hinggap pada ayam mentah tersebut.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berasa ‘kembang tekak’ melihat tikus itu menarik-narik kulit ayam mentah tersebut.

Orang ramai meluahkan rasa risau akan berlakunya penyebaran penyakit ‘kencing tikus’ disebabkan haiwan perosak tersebut melalui ayam mentah yang terdedah itu.

Netizen juga meminta orang ramai agar berhati-hati dan menyelidik kebersihan sesebuah kedai runcit terlebih dahulu sebelum membeli barangan.



Menurut pemilik video berkenaan, sudah ada orang lain memberitahu pihak kedai terdapat tikus pada ketika itu.

Beliau merakam video tersebut sebagai bukti dan kesedaran mengenai kebersihan kepada orang ramai. Vc

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker