Untung boleh merasa sakit

Untung boleh merasa sakit

Pernahkah kita terfikir bahawa di saat kita sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecap nikmat daripada Allah? Nikmat yang dimaksudkan di sini ialah nikmat berupa keupayaan tubuh untuk mengesan rasa sakit.

Cuba bayangkan bagaimana keadaannya jika Allah mematikan semua nociceptor pada tubuh kita. Mungkin ada orang yang berpendapat, “Seronok la kalau macam tu, tak sakit masa bersalin nanti”.



Tapi tahukah anda, tanpa reseptor sakit, kita tidak akan sedar yang tubuh kita sedang mengalami kecederaan. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami appendicitis (apendix) tidak akan tahu bahawa radang sedang berlaku di apendiksnya. Sedangkan situasi itu boleh menyebabkan apendiksnya pecah dan menyebabkan keadaan yang lebih parah.

Tanpa rasa sakit, orang yang mengalami kemalangan tidak akan sedar bahawa tulang rusuknya patah (close fracture) dan lebih teruk lagi, jika tulang yang patah itu menikam paru-paru atau jantungnya. Bayangkan!

Penderita Coronary Heart Disease mungkin tidak dapat didiagnosis penyakitnya tanpa angina pectoris (sakit dada). Akhirnya, jantungnya mengalami ischemia (tak cukup oksigen) kerana penyumbatan pada artery coronary (saluran darah yang membawa darah ke otot jantung). Akhirnya dia mati akibat kegagalan jantung (heart failure), tanpa sempat didiagnosis dan diberikan bantuan.

Maka benarlah, menderita kesakitan juga merupakan salah satu nikmat dari nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Dan perkara ini membuktikan kebenaran firman Allah di dalam surah an-Nahl: 18,



“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan Nya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.”

Artikel berkaitan: kulit antara ciptaan Allah paling hebat tetapi banyak menanggung derita

Sepatutnya dan seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita. Allah berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat 7,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman, Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah pedih.”



Apatah lagi dalam Islam, setiap sakit yang kita alami walaupun hanya tertusuk duri yang kecil juga akan beroleh ganjaran pahala dan diampunkan segala dosa. Ia merupakan satu keberkatan tersembunyi untuk umat Nya. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (HR Bukhari)

Seksaan Neraka

Jika kita merujuk kembali terjemahan ayat ke 56 Surah an-Nisa, sedar kah kita betapa dahsyatnya seksaan yang Allah sediakan bagi orang yang kufur? Kulit kita yang terbakar disiat oleh malaikat Zabaniyah lalu menggantikannya dengan kulit yang baru, lalu dibakar lagi, dan disiat lagi. Begitulah seterusnya tanpa henti. Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi seksaan.



Rasulullah s.a.w bersabda,

“Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka, yang apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya.” Abu Hurairah r.a. berkata,

“Jika ada seratus ribu orang lebih di dalam satu masjid, lalu seorang ahli neraka menghembuskan nafasnya di situ, maka matilah semua orang di dalam masjid.”

Ketahuilah wahai diri ku dan saudara ku, sesungguhnya Allah telah menciptakan neraka dan kedahsyatan untuk penduduknya.



Allah berfirman dalam surah Maryam: 39,

“Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat), ketika dihukum tentang perkara yang telah dilakukan sedangkan mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”

Sungguh, ini semua telah ditentukan dan akan menjadi kenyataan pada hari kiamat. Yang menghairankan, kita masih tertawa dan terpaut oleh kehinaan dunia. Kita tidak tahu bagaimana keputusan Allah untuk kita.

Jika Allah telah memudahkan engkau ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah berfirman,



“Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam kenikmatan (syurga) dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka.” (Surah al-Infithar:13 & 14). Utv

Untung boleh merasa sakit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker