Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)

Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)

Tindakan seorang penghantar makanan mencampak dan menendang bungkusan makanan yang diambil dari sebuah kedai makan untuk dihantar kepada pelanggan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Perbuatannya itu dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam bangunan kedai terbabit.



Video berdurasi 12 saat itu menjadi tular di media sosial sejak semalam, selepas ia dimuat naik di laman Twitter, Malaysia Most Viral.

Tindakannya itu turut disedari oleh pekerja kedai makan termasuk seorang lelaki yang berada di sana yang terus menegur dan bertanya punca individu terbabit bertindak demikian.

Terkesan dengan video viral itu, ramai yang meninggalkan kata-kata kecaman di ruangan komen.

“Tiga kali rezeki tu bang kau sepak , punca rezeki, rezeki orang makan dan rezeki orang kedai . Semoga maju jaya kalau Allah boleh tarik rezeki kau pula lepas ini,” kata Fitri Neykan.



“Makanan kot . Yang pergi tendang kenapa? Kalau geram macam mana pun ish la,” ciap @nmrsli.

“Bang, kalau macam ini perangai baik tak payah kerja duduk sahaja rumah makan pasir jangan memekak nanti tak ada duit. Kau kalau tak ada ‘mood’ tak ada siapa pun paksa ambil order (pesanan) kau tutup sahaja lah apps (aplikasi) kau, selesai bagi orang yang ikhlas sikit cari rezeki daripada bagi dekat kau dapat macam ini,” tegur @bnvggett. K Online

Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)



Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker