Lelaki hilang disambar buaya

Lelaki hilang disambar buaya

TAWAU – Seorang lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Rabu lalu dan kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira pukul 4 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, pukul 7.03 pagi semalam, untuk memaklumkan mangsa dibaham buaya di kawasan sungai berkenaan.



Katanya, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika turun ke bot kira-kira pukul 4 pagi kelmarin.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan bot dengan kaedah surface searching (pencarian di permukaan).

“Pencarian dilakukan di sepanjang muara sungai dengan radius tiga kilometer. Mangsa belum ditemui dan operasi akan disambung pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. K Online

Lelaki hilang disambar buaya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?



Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani



Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker