Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi

Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi

PELAKON Uqasha Senrose bakal kembali ke layar lebar menerusi filem terbaharu berjudul Sumpahan Jerunei.

Menerusi filem bergenre seram tersebut, Uqasha membawakan watak Bee, seorang pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik.



Sungguhpun begitu, ada dua babak dalam filem berkenaan yang memerlukan Uqasha untuk beraksi sedikit ‘daring’ – berkemban dan juga memeluk rakan pelakonnya, Amerul Affendi.

Aktres yang juga isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, adegan ‘daring’ yang dilakonkan dalam naskhah arahan Jason Chong itu adalah sekadar memenuhi tuntutan watak, plot dan skrip semata-mata.

“Kalau nak tahu, kedua-dua babak tersebut dilakonkan mengikut skrip yang diberi, selain keperluan jalan cerita dan plot. Boleh dikatakan, ia mencantikkan lagi perjalanan cerita ini. Lagipun, ketika itu saya masih solo dan belum mendirikan rumah tangga.

“Saya dalam fasa berkawan dengan Kamal. Jadi, saya tiada komitmen dengan sesiapa. Saya pula memang tidak boleh dicabar dan nak cuba lakonkan semua adegan sendiri. Tapi apa pun, saya masih menjaga batas,” katanya.



Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Sungguhpun pernah berlakon dalam filem seram sebelum ini, namun, menurut Uqasha, filem Sumpahan Jerunei memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya setakat ini.

“Kalau nak diikutkan, setiap babak dalam filem ini susah bagi saya. Antara babak yang saya rasa sangat mencabar adalah ketika saya diikat dan naik ke atas pokok.

“Saya juga perlu menjayakan babak dalam sungai.. Tapi sungai itu tak bersih, macam-macam benda ada dalam air, termasuk sisa kumbahan daripada kampung berkenaan,” katanya lagi.

Ditanya adakah dia dan rakan pelakon lain ada diganggu perkara-perkara mistik ketika menjalani penggambaran, Uqasha berkata: “Alhamdulillah, kami aman ketika menjalani penggambaran di sana,” katanya menutup bicara.



Menerusi filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Sumpahan Jerunei akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Julai depan. Gempak

Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)



Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker