Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa

Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa

Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia dikatakan hampir hilang nyawa selepas 15 minit makan buah ‘donut peach’ viral.

Menceritakan pengalaman sendiri, pemilik akaun TikTok @sherynaa02 memberitahu, secara tiba-tiba perutnya terasa sebu dan mengalami muntah-muntah serta seluruh badannya muncul bintik-bintik merah yang gatal.

“Donut peach viral dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan dan orang itu adalah aku.

“Sekali makan dalam 15 minit terus sebu, muntah-muntah, naik bijik gatal-gatal terus kena pergi kecemasan (hospital), kena inject (suntik) baru jadi manusia balik, kalau tak inject macam beruk sebab garu-garu,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik semalam.

Menurut wanita itu, dia mempunyai alaham terhadap buah tersebut.

Bagaimanapun, perkongsian wanita tersebut turut mendapat perhatian ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman hampir sama apabila mengalami sesak nafas serta muntah selepas menikmati buah viral itu.

“Saya pun pernah makan, terjebak juga beli sebab viral di TikTok, tiba-tiba jadi sesak nafas, muntah-muntah, pergi hospital doktor kata buah ini ada kandungan yang tak sesuai kepada semua orang, lagi-lagi yang ada alahan pada kulit atau asma,” kongsi seorang pengguna di ruangan komen video.

“Baru lepas makan tadi (semalam) tiba-tiba mulut dengan bibir rasa kebas, tak lama lepas itu baru okey,” kata @narcs. K Online

Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker