Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula

Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula

Sebelum ini kami melaporkan yang ada sau video tular di media sosial menunjukkan sebuah keluarga yang dipercayai pengikut ajaran sesat yang dikenali sebagai Si Hulk dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan. Allahu!

Kalau korang nak tahu, ada info yang mengatakan bahawa ajaran sesat yang diasaskan oleh Suhaini Bin Mohamad atau ‘Si Hulk’ ini memilih tarikh 1 Muharram sebagai tarikh ‘memperbaharui ikrar’ ajaran mereka.



Sebenarnya pada Jun lepas lagi dah ada laporan yang mengatakan bahawa pengasas ajaran sesat ni telah larikan diri ke luar negara, New Zealand bersama beberapa ahlinya yang lain. Bukan tu jer, ajaran Si Hulk ni juga menjadikan pelajar sebagai ‘target’ utama dan telah berleluasa di beberapa negeri termasuk Melaka dan Johor.

Untuk info, Si Hulk adalah singkatan daripada ‘Society of Islamic Holisticism Universal Linkage Knowledge’ dan telah mula beroperasi sebagai perniagaan menjual air minuman yang dicampur madu oleh pengasasnya yang dikatakan mampu merawat sihir dan Covid. Kemudian barulah wujud fahaman SI Hulk yang jelas telah mensyirikkan Allah.

Pegangan pengikut Si Hulk ini adalah Allah itu adalah nabi Muhammad, Muhammad itu Allah, Nabi Muhammad tidak mempunyai kemaluan, Nabi tidak mempunyai jantina dan segala perbuatan nabi adalah lakonan semata-mata. Allahu Akhbar! Teruknya..



Ajaran sesat Si Hulk ini sebenarnya telah difatwakan sesak sejak tahun 2021 lagi dan pengasasnya pernah bertaubat namun melakukannya lagi. Ia kemudian diharamkan secara total pada tahun 2023.

Suhaini yang kini berada di luar negara hanya memerhatikan pengikutnya di Malaysia yang berbondong-bondong membuat pengakuan tauhid sesat sebagai tanda sokongan kepada Si Hulk pada 1 Muharram yang lalu.

Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)



Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker