Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam

FILEM Mat Tudung Begins akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 Ogos depan.

Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam

GARA-GARA paparan imej lelaki menyerupai wanita, filem Mat Tudung Begins meraih reaksi negatif yang mencetuskan polemik dalam kalangan pemerhati dunia hiburan.

Perkongsian poster promosi dimuat naik barisan pelakon naskah itu dalam media sosial pantas mengundang kecaman bukan hanya netizen, malah agamawan.



Rata-rata menyelar produksi terbabit tidak sensitif dan mempermain-mainkan hukum agama.

Selaku pelakon membawakan watak Sabri atau Sabrina yang perlu menggayakan pakaian wanita dan bertudung, Achey sebenarnya sedia maklum berhubung risiko berhadapan apa sahaja kritikan ketika menerima tawaran berkenaan.

Pemilik nama lengkap Mohd. Nasir Hamzah, 37, itu menegaskan watak Sabrina dalam karya berkenaan boleh dijadikan pengajaran supaya tidak menjadi ikutan ramai.

“Kadang-kadang nak jadikan pengajaran memerlukan pengorbanan. Kalau hanya sampaikan dalam bentuk lisan, perkara tersebut tidak sampai.



“Sebagai pelakon, memang saya salah, tetapi orang sekarang belajar daripada perbuatan, baru dapat jadi ikhtibar.

“Jangan hanya dengan melihat poster terus hentam saya. Cuba tonton filem baru nampak apa sebenarnya yang nak disampaikan,” katanya.

Sutradara Mat Tudung Begins, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia juga dihentam teruk susulan kemunculan pempengaruh dari Indonesia, Mimi Peri yang terkenal dengan watak ‘wanita jadian’.

Teguh dengan pendirian, Fizz yang membuat kemunculan perdana sebagai penerbit dan pengarah mahu orang ramai menonton terlebih dahulu karya itu sebelum memberikan komen negatif.



“Saya ambil Mimi Peri kerana pempengaruh media sosial punya pengaruh yang besar dalam mengangkat sesuatu isu.

“Ada sebab mengapa dia ada dalam penceritaan yang saya mahu sampaikan, bukan sekadar gunakan dia untuk buat penonton terhibur.

“Ada beberapa ustaz di Malaysia pertikaikan hukum hakam.

“Kalau boleh saya mahu bawa mereka menonton cerita ini kerana saya bukan mengangkat lelaki lembut semata-mata,” ujar Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin.



Mengulas lanjut prekuel Mat Tudung yang popular sekitar 2014 itu, Fizz teruja menghasilkan filem berkenaan dek banyak permintaan khalayak.

“Salah satu sebab saya hasilkan kesinambungan karya ini adalah kerana ada permintaan.

“Hampir lapan ke sembilan tahun saya minta izin Norman Abd. Halim untuk menghasilkan naskhah ini dan akhirnya pada 2022 dia izinkan.

“KRU ada minta tukar semua perkara dan saya turutkan termasuk lagu,” katanya.



Sama seperti Mat Tudung versi lama, versi terbaharu mengekalkan genre komedi yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Mat Tudung Begins mengangkat kisah serupa iaitu seorang lelaki menyamar menjadi wanita bagi menyelesaikan masalah keluarga.

Mat Tudung Begins akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 Ogos depan. K Online

Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker