Resepi ice cream milo viral

Sebaran :

Resepi ice cream milo viral
Resepi ice cream milo viral

Aiskrim Milo homemade ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resepi perkongsian saudari Ummu Hani ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Si suami pun boleh cuba buat.

Jimat dan lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh dipelbagaikan perisanya mengikut kegemaran anda.



CARA BUAT AISKRIM MILO HOMEMADE GUNA 5 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu cair
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis | kalau rasa kurang manis, boleh tambah sampai secukup rasa
1 sudu teh esen vanila
Milo secukupnya | boleh letak sebanyak mana yang suka. Jika tiada, boleh digantikan dengan serbuk koko.

CARA MEMBUAT:

Campurkan semua bahan-bahan ke dalam bekas bersesuaian.


Kemudian, pukul guna mixer or blender sehingga sebati dan pekat.

Tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama sejam kemudian keluarkan. Gaulkan seketika.

Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais beku semalaman.

Tips

Gunakan bekas kedap udara.

Resepi oleh Ummu Hani

Resepi ice cream milo viral


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi sup tulang sedap memukau


Sebaran :

Leave a Reply