Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!

Sebaran :

Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!

Bahan-Bahan

  • 3 plastik maggi siam
  • 5 biji cili padi – hiris
  • 2 biji cili merah – hiris
  • 2 peket rempah maggi (yang didalam bungkus maggi dan 1 lagi tak dipakai)
  • 1 biji buah tomato – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • 1 biji carot – hiris nipis
  • 2 serbuk perasa maggi (ada didalam peket maggi)
Bahan Lauk (opsyenal)
  • Udang secukupnya
  • 10 batang crabstick
  • Sotong
Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!
Bahan-bahan Resepi Kerabu Maggi Siam

Cara Membuat Kerabu Maggi

  • Panaskan air dalam periuk untuk merebus maggi kemudian masukkan 1 serbuk perasa maggi kedalam air rebusan.
  • Rebus udang apabila sudah mengerokot angkat selanjutnya rebus crabstick tunggu hingga masak dan angkat,.
  • Rebus sotong tunggu higga masak dan angkat. jadi cara rebusnya mesti sejenis-sejenis kerana kadar masak dia berbeza.
  • Selepas itu rebus mee segera dan apabila sudah lembut angkat dan masukkan kedalam bekas atau mangkuk besar (air rebusan janga dibuang).
  • Masukkan bahan lauk juga yang sudah direbus tadi. kemudian campurkan semua bahan tersebut dengan hirisan sayuran tadi.
  • Sementara itu masukkan 2 perasa maggi kedalam bekas berasingan kemudian tuangkan air rebusan maggi tadi (anggaran 8 sudu besar).
  • Kacau sekejap dan campurkan kedalam mangkuk berisi maggi dan sayuran tadi.
  • Akhir sekali, gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jangan diam diri saja, Najib beritahu kerajaan berkait isu minyak masak



Sebaran :

Leave a Reply