Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Sebaran :

Resepi Ayam Masak Merah Tomato
Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Masa Penyediaan: 20 Minit,
Masa Memasak:20 Minit,
Jumlah Hidangan:4

Resepi Ayam Masak Merah Tomato, resepi istimewa dari bonda mertua. Kelainannya terletak kepada rasa masam dari tomato dan lemak dari kacang pis. Sedap dimakan bersama nasi tomato dan acar mentah serta pasti menjadi kegemaran ramai jika disediakan di majlis istimewa.



Bahan-Bahan :

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, hiris
  • 1 senduk minyak masak
  • Dan 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik

Bahan untuk dikisar :

  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  1. Cara Penyediaan:
  2. Goreng ayam 3/4 masak
  3. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  5. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.

Tips :

Pastikan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak untuk mendapat sambal tumis yang masak sempurna dan lazat.

Resepi Che Nom


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang


Sebaran :

Leave a Reply