Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang

Sebaran :

Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:5 orang

Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang, memang menu yang sangat membuka selera. Nangka muda mudah didapati di pasar basah, selalunya dijual dalam potongan memanjang dan sudah dikupas kulitnya.



Memang sedap gandingan nagka muda bersama udang, dan rahsia utama masak lemak cili padi yang sedap ialah penggunaan kunyit segar atau kunyit hidup.

Jika tak ada kunyit hidup tidak megapa, boleh juga digantikan dengan kunyit serbuk tetapi rasa dan aromanya tidak sama.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram nangka muda
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • Dan 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik

Bahan untuk kisar halus:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili padi
  • sedikit ikan bilis
  • ATAU 1 sudu kecil belacan bakar

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang dan ketepikan (belah belakang udang dan buang ‘tali hitam’)
  2. Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  3. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  4. Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih.
  5. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
  6. Masukkan daun kunyit bersama dan perasakan garam dan gula secukupnya.
    Angkat dan hidangkena bersama nasi panas.

Resepi Che Nom

Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang


Baca Artikel Menarik


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Sotong Masak Kicap Berempah


Sebaran :

Leave a Reply