Bekalan air pun ‘total lockdown’? Jem!

ARSYAFIERA Arshad menunjukkan bekalan air paip AKSB berwarna kekuningan dan berbau di rumahnya di Taman Hidayat, Machang, Kelantan, hari ini. – FOTO/BAHRUDDIN HATTA

KOTA BHARU: Kira-kira 50,000 penduduk di bandar ini dan Kuala Krai bukan sahaja berhadapan dengan kesusahan hidup akibat sekatan pergerakan penuh (total lockdown), malah lebih parah apabila turut berdepan masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Rata-rata mendedahkan gangguan bekalan air itu bukan perkara baharu kerana sebelum ini pun sudah terlalu kerap berlaku dan berpanjangan sehingga dalam tempoh PKP, seolah-olah bekalan air pun turut dikenakan total lockdown.

“Sebenarnya kalau tidak ada notis Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sekali pun, kawasan rumah saya ini memang sudah kerap sangat tidak ada air sejak lebih sebulan lalu. Kalau ada pun, waktu tengah malam dan esok pagi, paip akan keluar angin sahaja.

“Ketika wabak Covid-19 semakin memburuk, bukan setakat sakit jiwa, tetapi sampai ke tahap nak gila memikirkan bagaimana nak keluar rumah untuk dapatkan bekalan air bersih setiap hari,” kata seorang pengguna, Fiza Sidik, 32, yang tinggal di Kampung Pulau Belacan, Panchor kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.



Bagi seorang buruh dari Kampung Kota di sini, Rosdi Ramli, 44, pula memberitahu, dia terpaksa mencatu air untuk kegunaan keluarganya termasuk mengehadkan mereka mandi sekali sehari.

“Memandangkan sekarang total lockdown, kami kena rancang bekalan air untuk perkara perlu kerana kita bukannya boleh keluar rumah untuk tadah air di luar sesuka hati macam dulu lagi,” katanya.

Lepas kes menteri hentak meja, telahan Najib mengenai ‘mesej’ KP Kesihatan tarik perhatian



Berbeza sedikit masalah yang dihadapi Faizal Suhaimi, 30-an dari Taman Kobena, Pasir Puteh yang mengakui bekalan air di rumahnya tidak terjejas setakat ini namun AKSB sehingga kini masih lagi ‘tergamak’ membekalkan air pelbagai warna kepada penduduk di situ.

“Air di rumah saya kadang-kadang macam teh tarik, kadang-kadang cuma keruh tapi berkeladak. Biasanya saya akan tadah air dan biarkan semalaman supaya kelodak mendap terlebih dahulu. Kemudian baru guna untuk mandi, biarpun masih geli,” katanya.

Memasuki hari ketiga sekatan pergerakan penuh, sudah empat notis hebahan gangguan bekalan dikeluarkan AKSB membabitkan lebih 10,000 akaun di daerah ini, Bachok dan Kuala Krai.

Gangguan demi gangguan ketika orang ramai dikehendaki ‘berkurung’ dalam rumah menyebabkan ada pengguna hilang sabar dan menyerang ASKB di akaun Facebook rasminya iaitu Air Kelantan Official dengan menulis komen berbentuk kecaman.



Semakan Utusan Malaysia mendapati pada hari pertama total lockdown, AKSB mengeluarkan tiga notis gangguan bekalan, masing-masing membabitkan 200 akaun di Bachok, 3,325 akaun di Kota Bharu Timur serta 4,500 akaun di Kuala Krai.

Kelmarin, syarikat itu sekali lagi memaklumkan Kota Bharu Timur berdepan gangguan bekalan air dan kali ini, perkara tersebut menjejaskan sehingga 4,000 akaun pengguna di kawasan itu.

Bagi kawasan Kota Bharu Timur, ASKB menjelaskan, gangguan bekalan kali ini disebabkan kerja-kerja kecemasan membaiki paip utama yang pecah di Pasar Binjai dan Jalan Pasir Hor di sini.

Menurutnya, gangguan di Kuala Krai pula kerana pemasangan paip utama di Taman Tasik manakala gangguan di Bachok berpunca paip utama yang patah akibat kejadian jambatan runtuh di Tanjung Jering. – UTUSAN



Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari

Bekalan air pun ‘total lockdown’? Jem!


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker