Penyokong marah pemain import ‘tiada jiwa’

AKSI lesu pemain import dari Brazil, De Paula mengundang kemarahan penyokong Harimau Malaya selepas pasukan kebangsaan tewas 0-4 kepada UAE dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia, kelmarin.

PETALING JAYA: Aksi ‘tiada jiwa’ yang ditunjukkan pemain naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula ketika Malaysia tumbang 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerima kecaman hebat bekas pemain kebangsaan dan penyokong.

Mereka menyifatkan projek ‘naturalisasi’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal dan membazir selepas seorang lagi pemain yang turut diberi kerakyatan untuk mewakili skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi hanya mempamerkan aksi ‘cukup-cukup makan’.

Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari

Kedua-duanya tiada keserasian dengan rakan sepasukan dan dilihat ‘malas’ di atas padang antara kritikan yang dilemparkan terhadap penyerang kelahiran Brazil, De Paula, 35.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, dua bekas bintang penyerang Harimau Malaya, Safee Sali dan Khalid Jamlus antara yang meluahkan kekecewaan, manakala peminat pula menyifatkan pemain tempatan serta berdarah kacukan lebih bersemangat sepanjang 90 minit permainan.

Biarpun baru empat hari tiba di Dubai selepas diterbangkan dari Denmark, pemain berdarah Belgium-Malaya, Dion Cools sebaliknya menerima pujian selepas menunjukkan kesungguhan menjaga benteng pertahanan negara. – UTUSAN

Penyokong marah pemain import ‘tiada jiwa’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


TMJ tegur Matt Davies supaya diam di media sosial

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker