Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh

Sebaran :

Pihak yang berbalah wajar dikuburkan - Nik Abduh

Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh

Tamat kerjasama dengan PAS? ‘Kuburkan’ mereka yang masih mahu berbalah, jawab Nik Abduh

PETALING JAYA: Pihak yang masih mahu berbalah ketika PAS dan Umno sedang mengusahakan perdamaian wajar “dikuburkan” dan dilupakan bersama-sama orang yang mahu kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) ditamatkan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.



Beliau mempertahankan MN sebagai usaha dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, menguburkan perbalahan lampau dan menyatukan ummah.

“Baik lupakan orang yang mahukan MN berkubur. Orang Melayu (PAS dan Umno) sedang menguburkan perbalahan lampau. Baik kuburkan sekali mereka yang masih mahu berbalah,” katanya kepada FMT, tanpa menamakan mana-mana individu.

Komen Nik Abduh menyusuli gesaan Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang mahu partinya menamatkan kerjasama dengan PAS dengan berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan parti Islam itu bersikap ikhlas sebagai sekutu dalam MN.


Jazlan pagi tadi mendedahkan Umno sebenarnya telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS, yang menurutnya akhir-akhir ini “kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang”.

Kata pemimpin Umno itu, “ada beberapa dakwaan yang cukup serius” dalam kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang berada bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga merupakan pengarah strategi PAS.

Beliau juga menuduh PAS “dari dahulu hingga sekarang” gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya. FMT

Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pengintipan ke atas rakyat, selamatkah kita semua?


Sebaran :

Leave a Reply