Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir

Muhyidin pun sama macam Najib - Mahathir

Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad tidak menolak pemerintahan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masa ini sama seperti bekas Perdana Menteri Najib Razak yang menggunakan wang untuk membeli sokongan.

Pengerusi Pejuang itu berkata bezanya cuma Muhyiddin belum mencuri wang, tetapi menggunakan jawatannya dalam kerajaan dengan duit dibayar supaya dapat sokongan.



“Ya, memang pun kita dapati apabila Muhyiddin amik alih, kita beri masa padanya untuk tunjukkan apa caranya.

“Kita dapati bahawa caranya sama dengan Najib, iaitu gunakan wang untuk beli sokongan, beri jawatan dengan gaji tinggi pada siapa saja yang sokong,” katanya pada sidang media Pejuang melalui aplikasi Zoom.

Dalam pada itu, Mahathir berkata jika Pejuang tidak dibenarkan untuk didaftar, Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini akan lebih berat sebelah kerana kerajaan sahaja boleh bertanding.

Katanya, ini sama seperti Najib ketika membatalkan penyertaan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM sebelum PRU14.



“Sekarang ini ada kemungkinan mereka nak tentukan dalam PRU mereka sahaja boleh bertanding dan akan dapat kemenangan. Ini haram sebab bertentangan dengan undang-undang.”

Mahathir juga mendedahkan Maszlee Malik dan Syed Saddiq Abdul Rahman ditawarkan jawatan sebelum ini supaya memberi sokongan pada Muhyiddin. FMT

Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Mahathir kesat dan keterlaluan – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker