Suhaimi Saad Tempelak Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP. ” Simpan La Kau Punya B*d*h Tu..Jangan Tunjuk Sangat”

Suhaimi Saad Tempelak Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP. ” Simpan La Kau Punya B*d*h Tu..Jangan Tunjuk Sangat”

Bekas penyanyi kumpulan In-Team, Suhaimi Saad tampil menempelak kenyataan yang dibuat pelakon Catrinoa Ross yang sebelum meluahkan perasaan kesal dan geram dengan tindakan segelintir rakyat yang berpusu-pusu pulang ke kampung sebelum perlaksanan Sekatan Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan pada hari ini.

Suhaimi tampil mengkritik kenyataan Catriona menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia beranggapan bahawa pelakon wanita itu sepatutnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza.

Dia yang turut memaki hamun Catriona berkata, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sepatutnya menyimpan kenyataan seperti itu sebelum ramai yang tidak berpuas hati dan meluat.

https://www.instagram.com/p/CPhOPTuBy6L/?utm_source=ig_embed&ig_rid=80dcd080-7de2-4194-bc03-a7c7a1d66220

“Dah setahun lebih kot orang patuh, taat, ikut, sabar. So, kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerajaan? Simpanlah kau punya bodoh dan bingai tu. Jangan tunjuk sangat nanti orang meluat.” tulis Suhaimi Saad di hantaran Instagramnya itu.

Terdahulu, Catriona menerusi sebuah rakaman video di Instagram beliau yang turut membawa watak sebagai Kak Kek telah menzahirkan perasaan geram dengan segelintir rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha melandaikan bilangan kes harian COVID-19.

Ujar Catriona, tindakan mementingkan diri sendiri itu akan mengundang risiko dan juga membahayakan pihak lain terutamanya ibu bapa di rumah-BN

Suhaimi Saad Tempelak Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP. ” Simpan La Kau Punya B*d*h Tu..Jangan Tunjuk Sangat”

Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Lagu Suhaimi Saad, Ina Naim terapi perubatan pelatih OKU, warga emas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker