‘Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.

‘Kek Paling Tak Sedap! ' Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.

 

‘Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.

Siapa lagi yang tidak mengenali chef selebriti terkenal tanah air iaitu Dato’ Fazley Yaakob. Terbaharu, beliau ada memberikan respon mengenai kritikan yang diterima olehnya dari seorang individu yang merasai kek yang dijual olehnya.



Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tidak cepat melatah apabila beliau membalas kritikan biadap dari seorang individu mengenai masakannya.

Paling tak sedap aku pernah rasa

Fazley beranggapan kritikan tersebut hanyalah teguran untuk dirinya memperbaiki dengan lebih baik hasil air tangannya di masa hadapan.

Individu atau juga dikenali sebagai ‘influencer’, mendakwa kek yang dijual oleh Dato Fazley Yaakob adalah kek batik yang paling tidak sedap yang pernah dirasai olehnya. Walaubagaimanpun Fazley menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan turut berterima kasih kepada individu berkenaan kerana sudi memberikan maklum balas.



Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti @****** berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.

Malah pada masa yang sama, ramai warganet beranggapan tindakan individu berkenaan adalah tidak sopan dan boleh menjatuhkan perniagaannya itu.

Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian (berkongsi paparan chat, walaupun mungkin bukan dia yang menulis) Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih.

Saya lebih gemar bersangka baik

Menurut Fazley dalam sebuah hantaran di Instagramnya,

Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman-teman. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati.

Tambah Fazley lagi, beliau beranggapan influencer berkenaan mempunyai niat yang baik. Beliau menerima teguran berkenaan bagi memperbaiki lagi kek yang dijualnya.



Sumber : Instagram Dato’ Fazley Yaakob

‘Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


Kek, biskut buatan bekas pramugari dapat sambutan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker