Resepi puding sagu pelangi dara



Sebaran :

Resepi puding sagu pelangi dara
Resepi puding sagu pelangi dara

Puding sagu pelangi ini adalah hidangan pencuci mulut yang enak. Jom cuba resipi yang SAJI kongsikan ini. Pasti puas hati.

BAHAN

1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
200 ml santan
4 jenis pewarna kegemaran
1 liter air – rebus biji sagu



CARA

1.Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus dengan air yang banyak sehingga biji sagu menjadi jernih.

2.Kemudian tapis dan cuci di bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

3.Sediakan 8 biji mangkuk kecil, bahagikan biji sagu kepada 8 bahagian berasingan.



4.Warnakan 4 mangkuk dengan warna kegemaran. Sementara 4 bahagian lagi, biarkan pada keadaan asal. Ketepikan.

5.Sementara itu, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur serta larut.

6.Kemudian masukkan susu cair dan santan. Masak sehingga mendidih. Kemudian tutup api.



7.Ceduk 200 ml adunan agar-agar ke dalam mangkuk sagu tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air. Biarkan ia keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau supaya lapisan kedua mudah melekat.

8.Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam satu bekas sagu dengan berwarna dan kacau rata. Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan pertama tadi.

9.Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais



Resepi oleh Malina

Resepi puding sagu pelangi dara


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET





Resepi kerabu daging mudah dan buka selera


Sebaran :


Leave a Reply